Wednesday, 6 November 2013

Sejarah Tapai Warisan Bandor

 
Sejarah Tapai warisan bandor adalah hasil sentuhan Opah Hajjah Asmah binti Hussin..hasil air tangan opah  yang menetap di pekan simpang empat, bermula secara kecil-kecilan suatu ketika dahulu.tetapi semakin lama perniagaan yang bermula untuk di makan bersama keluarga mulai dicari oleh setiap penduduk pekan simpang empat,alor gajah,rembau,kuala lumpur ,negeri sembilan dan singapura.Alhamdulillah Tapai warisan bandor pernah disantap oleh kerabat2 diraja hilir perak dan pernah dirasai oleh VVIP terkenal Malaysia.Tan Sri Tun Ahmad Sarji, Pengerusi PNB Malaysia,mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Tun Hanif Omar dan pernah dirasai oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Asal Usul Warisan Bandor

    Bandar atau 'Bandor' mengikut loghat Perak, adalah sebuah daerah yang terletak di tebing kiri Sungai Perak dan terletak kira-kira 16 kilometer dari Teluk Intan dan tujuh kilometer dari Kampung Gajah.
   Che Alang Mas Tok Siak Lindam yang berasal dari Kuala Dipang, Jeram merupakan moyang kepada keluarga Bandor dan menjadi rujukan asal keturunan yang membawa kepada penyatuan keluarga tersebut. Bandor pernah memainkan peranan penting sebagai pusat pemerintahan negeri Perak pada abad ke-18 seperti yang tercatat dalam karangan Almarhum Raja Chulan menerusi karya Misa Melayu serta Malaya Sketches oleh Residen Jeneral pertama di Negeri-Negeri Bersekutu, Sir Frank Swettenham.
   Orang terdahulu pernah menceritakan bahawa Residen Inggeris di Perak, J. W. W Birch pernah menempatkan anggota tentera British dari India ke Bandor ekoran kedudukan strategiknya antara Pasir Salak dan Teluk Intan ketika itu dimana jarak antara Bandor dan Pasir Salak iaitu tempat di mana Birch dibunuh pada 2 November 1875 pula hanya kira-kira tiga kilometer.
    Menurut sejarah, kepesatan Bandor didorong oleh penghijrahan beramai-ramai oleh buruh kaum Cina, India dan Indonesia bagi mengusahakan sektor perlombongan bijih timah, ladang getah termasuk perniagaan. Malah, perkahwinan campur juga merupakan perkara biasa dalam kalangan orang-orang Bandor sehingga wujudnya masyarakat majmuk yang dapat dikenali melalui identiti kegiatan ekonomi masing-masing

 


 

Promosi Tapai Warisan Bandor

 

Promosi Tapai Warisan Bandor!!!


Mari.. mari.. mari..
Kami bersedia menerima tempahan tapai pulut warisan bandor
Sebarang tempahan bolehlah menghubungi:
 
Mohammad Ariff Zakaria (Ariff)
Tel: 019-6596805

jangan tunggu lagi... buatlah tempahan anda sekarang... dijamin sedap, enak.. dan manis.... sekali rasa pasti mahu lagi..