Bandar atau 'Bandor' mengikut loghat Perak, adalah sebuah daerah yang terletak di tebing kiri Sungai Perak dan terletak kira-kira 16 kilometer dari Teluk Intan dan tujuh kilometer dari Kampung Gajah.
Che Alang Mas Tok Siak Lindam yang berasal dari Kuala Dipang, Jeram merupakan moyang kepada keluarga Bandor dan menjadi rujukan asal keturunan yang membawa kepada penyatuan keluarga tersebut. Bandor pernah memainkan peranan penting sebagai pusat pemerintahan negeri Perak pada abad ke-18 seperti yang tercatat dalam karangan Almarhum Raja Chulan menerusi karya Misa Melayu serta Malaya Sketches oleh Residen Jeneral pertama di Negeri-Negeri Bersekutu, Sir Frank Swettenham.
Orang terdahulu pernah menceritakan bahawa Residen Inggeris di Perak, J. W. W Birch pernah menempatkan anggota tentera British dari India ke Bandor ekoran kedudukan strategiknya antara Pasir Salak dan Teluk Intan ketika itu dimana jarak antara Bandor dan Pasir Salak iaitu tempat di mana Birch dibunuh pada 2 November 1875 pula hanya kira-kira tiga kilometer.
Menurut sejarah, kepesatan Bandor didorong oleh penghijrahan beramai-ramai oleh buruh kaum Cina, India dan Indonesia bagi mengusahakan sektor perlombongan bijih timah, ladang getah termasuk perniagaan. Malah, perkahwinan campur juga merupakan perkara biasa dalam kalangan orang-orang Bandor sehingga wujudnya masyarakat majmuk yang dapat dikenali melalui identiti kegiatan ekonomi masing-masingArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20130924/wu_02/Raja-Di-Hilir-Perak-lancar-Persatuan-Keluarga-Warisan-Bandor#ixzz2jugHg3pe
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment